Saturday 24 February 2018

Bintang Bersama Bintang (Yang Menang)

Ada lawak , Ada mesej
Pilihan juri , pilihan sifu...










Sindiran WANG HANTARAN dalam filem Bujang Lapok

Kan...kan.,.





10 Lawak P Ramlee yang Akan Buat Anda Tersenyum

Jom Tersenyum ...




Friday 23 February 2018

Parodi Meletop Awek Cendol

Parodi sana sini...

Merdu Habis Zara Zya Nazim Othman Cover Lagu Aku Cinta Syamel Ernie Zakri

Best pulak duet mereka ini....



Monday 12 February 2018

#AJL32 | Syamel & Ernie Zakri | Aku Cinta


Malam tadi layan AJL 32
Nak tengok persembahan lagu Sejati ( Caliph Buskers) dan Aku Cinta ( Syamel & Ernie Zakri).
Selain dari itu persembahan Amboi sangat menghiburkan..

Memang aku suka pun dengar lagu Aku Cinta..
Lagu-lagu nyanyi Syamel ni menjadi citarasa aku..
Lagu pertama yang aku dengar dulu Hidup Dalam Mati

Moga mereka terus sukses dalam bidang masing-masing terutamanya penghibur-penghibur muda yang sangat berbakat..

wow..loving...loving sangat...hehehe

Kasih rahsiakan cinta
Tak mudah aku percaya
Setelah senda tawa nan mesra
Relakan hati sucimu
Kasih rahasiakan hati
Perlahan dirimu pergi
Bila berdua bahagia rasa
Dirimu hanya milikku selamanya
Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta
Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta
Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta
Lengkapilah deraian cinta
Jangan biar ku menunggu harapanmu
Kau terindah hadir di jiwa
Zahir hilang di hatiku tetap cinta
Berpalinglah semula
Kembalikan senyum indah
Sekali kau hadir dengan cinta
Hanya dirimu yang ku pinta
Lemah jiwaku meronta
Biar zahir terukir tawa
Di hati tak sanggup ku bicara
Selain hanya dari kata
Aku cinta


Sunday 4 February 2018

Lemang Sushi

Lemang. ..Jika kita sebut lemang terbayang akan keenakkannya .Apatah lagi dimakan bersama rendang yang enak.Maka berganda-ganda keenakkannya..
Jika dahulu, lemang hanya boleh diperolehi menjelang Aidilfitri atau Raya Haji sahaja.Tetapi kini jika anda datang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan, boleh dikatakan tiap hari boleh makan lemang..
Bermula dari Ulu Bendul menghala ke pekan Kuala Pilah memang banyak terdapat peniaga-peniaga tempatan yang menjual lemang lebih-lebih lagi jika hujung minggu...

Sebut tentang lemang ini, teringat ketika zaman kanak-kanak menyediakan lemang bersama-sama dengan arwah nenek..Bukan mudah juga ye..kerana ia memerlukan kesabaran dan kerajinan..hehe
Kenapa ye saya kata begitu..Haaaaa...sebab ia memerlukan beberapa penyediaan.

Antaranya penyediaan buluh lemang yang bersesuaian .

Penyediaan daun pisang yang bersesuaian. Iaitu bahagian pucuk muda yang warna cantik kehijauan.
kerana daun di bahagian ini agak lembut dan mudah untuk disarungkan kedalam buluh nanti
Santan kelapa yang segar.Teringat lagi , dulu arwah nenek saya menggunakan kelapa tua. Iaitu buah kelapa yang sederhana masak.Jika masak yang warna coklat tu..hehehe
Tetapi pada saya apa yang agak rumit ialah proses membakar lemang tersebut.Ianya memerlukan kemahiran bagi memastikan beras pulut yang terdapat di dalam buluh masak dengan sempurna dan menjadi lemang yang enak...

ok...memandangkan tahun silih berganti..teknologi yang semakin membangun dan maju..
rupa-rupanya terdapat juga lemang sushi...nama pun sedapkan...pasti rasanya juga sedappp..


Artikel berkenaan lemang sushi ini, saya ambil dari sumber berikut :

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tarikan-lemang-sushi-1.686522


-Tarikkan Lemang Sushi-
LAZIMNYA, Kuala Pilah dikenali dengan pelbagai produk makanan kampung.
Makananan seperti daging salai, itik salai atau ayam salai merupakan permandangan biasa di tepi-tepi jalan sepanjang laluan Seremban - Kuala Pilah.
Namun kini, muncul satu lagi produk yang menambah lagi koleksi makanan kampung di daerah itu, lemang sushi.
Pengusahanya, Zuriati Sulaiman, 50, berkata, dia memulakan produk lemang sushi selepas berjaya mengeluarkan makanan serunding daging, ayam, ikan bilis dan popia simpul sejak 10 tahun lalu.

Mahu melebarkan sayap produk makanannya, dia kemudian menginovasikan produk serundingnya dengan memperkenalkan lemang sushi berintikan serunding menerusi syarikatnya, Awie Enterprise yang ditubuhkan pada 2005.


Boleh dikatakan, Zuriati adalah satu-satunya pengeluar produk berkenaan dalam negara ini, sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Menurut usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) dan daerah Kuala Pilah itu, suaminya, Azizi Abd Muin, 55, merupakan ‘orang kuat’ dalam mengeluarkan idea mencipta lemang sushi pada Oktober tahun lalu.
“Kami sebenarnya beberapa kali mencuba untuk mencipta lemang sushi ini, tapi ada saja tidak kena. Tetapi akhirnya berjaya sepenuhnya dan memasarkan produk ini, Januari lalu.
“Kami masih kekalkan cara tradisional dengan menggunakan santan dan beras pulut biasa serta daun pisang bagi mengekalkan rasanya. Tapi, tidak menggunakan bulu, sebaliknya dibakar di dalam ketuhar khas lemang hasil bantuan JPNS dan Mardi. Malah, ia menjimatkan masa,” katanya.
Menurutnya, untuk menembusi pasaran luar daerah, lemang sushi itu dijual berkonsepkan sejuk beku

.
“Bila disejuk bekukan, pelanggan dari jauh boleh merasai lemang sushi. Cara memasaknya sangat mudah dengan perlu dimasak semula di dalam secara kukus atau di dalam ketuhar gelombang mikro selama 20 minit," katanya
Menurutnya, dari segi fizikal, lemang sushi hampir sama dengan lemang biasa yang dibakar menggunakan buluh kerana pulutnya padat dan inti di tengah-tengahnya dimasukkan menggunakan teknik tertentu tanpa bercampur dengan pulut.
“Cuma daun pisang lemang tidak boleh makan, tidak seperti sushi yang bahagian luarnya boleh dimakan,” katanya berseloroh.
Usahawan yang turut dibantu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) turut mendapat pelbagai pengiktirafan anugerah di peringkat kebangsaan dan negeri kerana berjaya mengembangkan serta mempopularkan produk makanan tradisional negeri ini.


Pasangan suami isteri ini juga telah mendapat johan Projek Pengembangan Veterinar Industri Asas Tani Peringkat Kebangsaan 2012, johan serunding ikan bilis pada Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPNK), Negeri Sembilan 2014 serta juara produk komersial kategori mikro popia mini Maha 2016.
Bagi lemang sushi pula, produk itu dicalonkan bagi kategori inovasi peringkat kebangsaan tahun ini.

Rendang Pegaga

Semalam terlebih rajin pula memasak rendang pegaga. Dah lama sebenarnya teringin nak makan rendang pegaga nie. Jika dulu arwah nenek yang selalu masakkan, tetapi sekarang kena lah masak sendiri...

Resepi dan caranya mudah je...

Bahan-Bahan
1). 5 ikat kecil daun pegaga
2). Santan pekat  ( beli kat pasar yang harga RM3.00)
3). Ikan Bilis ( mengikut sukatan yang bersesuaian dengan kuantiti pegaga)
- saya guna ikan bilis yang RM50.00 / kg. Tapi saya beli RM5.00 je..hehe
4). 3 ulas bawang merah
5). Kunyit hidup dalam 3 inci
6). Cili padi 6 ulas ( ikut ketahanan pedas individu)
7). Asam keping secukup rasa
8). Garam secukup rasa
9). Kuali

Caranya
1). Bersihkan daun pegaga. Rendam di dalam air untuk hilangan kotoran atau bendasing yang terdapat pada daun-daun tersebut.Bilas 2-3 kali..
2). Kopek dan bersihkan ikan bilis.
3). Hiris bawang merah
4). Tumbuk kunyit hidup dan cili padi.
5). Sediakan kuali di dapur .
6). Tuangkan santan segar pekat dan masukkan ikan bilis, bawang merah serta kunyit dan cili yang telah ditumbuk.
7). Masak hingga mendidih.
8). Setelah mendidih kuah (6), masukkan daun pegaga..
9). Masak sehingga daun pegaga  kecut .
10). Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
11). Biarkan sehingga kering sedikit.
Setelah siap, bolehlah dihidangkan..
* Gambar takde, sebab terlupa nak ambil...Nanti jika masak lagi, saya letak gambar...
Gambar ini adalah ihsan google...Terima Kasih