Sunday 4 February 2018

Lemang Sushi

Lemang. ..Jika kita sebut lemang terbayang akan keenakkannya .Apatah lagi dimakan bersama rendang yang enak.Maka berganda-ganda keenakkannya..
Jika dahulu, lemang hanya boleh diperolehi menjelang Aidilfitri atau Raya Haji sahaja.Tetapi kini jika anda datang ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan, boleh dikatakan tiap hari boleh makan lemang..
Bermula dari Ulu Bendul menghala ke pekan Kuala Pilah memang banyak terdapat peniaga-peniaga tempatan yang menjual lemang lebih-lebih lagi jika hujung minggu...

Sebut tentang lemang ini, teringat ketika zaman kanak-kanak menyediakan lemang bersama-sama dengan arwah nenek..Bukan mudah juga ye..kerana ia memerlukan kesabaran dan kerajinan..hehe
Kenapa ye saya kata begitu..Haaaaa...sebab ia memerlukan beberapa penyediaan.

Antaranya penyediaan buluh lemang yang bersesuaian .

Penyediaan daun pisang yang bersesuaian. Iaitu bahagian pucuk muda yang warna cantik kehijauan.
kerana daun di bahagian ini agak lembut dan mudah untuk disarungkan kedalam buluh nanti
Santan kelapa yang segar.Teringat lagi , dulu arwah nenek saya menggunakan kelapa tua. Iaitu buah kelapa yang sederhana masak.Jika masak yang warna coklat tu..hehehe
Tetapi pada saya apa yang agak rumit ialah proses membakar lemang tersebut.Ianya memerlukan kemahiran bagi memastikan beras pulut yang terdapat di dalam buluh masak dengan sempurna dan menjadi lemang yang enak...

ok...memandangkan tahun silih berganti..teknologi yang semakin membangun dan maju..
rupa-rupanya terdapat juga lemang sushi...nama pun sedapkan...pasti rasanya juga sedappp..


Artikel berkenaan lemang sushi ini, saya ambil dari sumber berikut :

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tarikan-lemang-sushi-1.686522


-Tarikkan Lemang Sushi-
LAZIMNYA, Kuala Pilah dikenali dengan pelbagai produk makanan kampung.
Makananan seperti daging salai, itik salai atau ayam salai merupakan permandangan biasa di tepi-tepi jalan sepanjang laluan Seremban - Kuala Pilah.
Namun kini, muncul satu lagi produk yang menambah lagi koleksi makanan kampung di daerah itu, lemang sushi.
Pengusahanya, Zuriati Sulaiman, 50, berkata, dia memulakan produk lemang sushi selepas berjaya mengeluarkan makanan serunding daging, ayam, ikan bilis dan popia simpul sejak 10 tahun lalu.

Mahu melebarkan sayap produk makanannya, dia kemudian menginovasikan produk serundingnya dengan memperkenalkan lemang sushi berintikan serunding menerusi syarikatnya, Awie Enterprise yang ditubuhkan pada 2005.


Boleh dikatakan, Zuriati adalah satu-satunya pengeluar produk berkenaan dalam negara ini, sekali gus mendapat pengiktirafan daripada Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

Menurut usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) dan daerah Kuala Pilah itu, suaminya, Azizi Abd Muin, 55, merupakan ‘orang kuat’ dalam mengeluarkan idea mencipta lemang sushi pada Oktober tahun lalu.
“Kami sebenarnya beberapa kali mencuba untuk mencipta lemang sushi ini, tapi ada saja tidak kena. Tetapi akhirnya berjaya sepenuhnya dan memasarkan produk ini, Januari lalu.
“Kami masih kekalkan cara tradisional dengan menggunakan santan dan beras pulut biasa serta daun pisang bagi mengekalkan rasanya. Tapi, tidak menggunakan bulu, sebaliknya dibakar di dalam ketuhar khas lemang hasil bantuan JPNS dan Mardi. Malah, ia menjimatkan masa,” katanya.
Menurutnya, untuk menembusi pasaran luar daerah, lemang sushi itu dijual berkonsepkan sejuk beku

.
“Bila disejuk bekukan, pelanggan dari jauh boleh merasai lemang sushi. Cara memasaknya sangat mudah dengan perlu dimasak semula di dalam secara kukus atau di dalam ketuhar gelombang mikro selama 20 minit," katanya
Menurutnya, dari segi fizikal, lemang sushi hampir sama dengan lemang biasa yang dibakar menggunakan buluh kerana pulutnya padat dan inti di tengah-tengahnya dimasukkan menggunakan teknik tertentu tanpa bercampur dengan pulut.
“Cuma daun pisang lemang tidak boleh makan, tidak seperti sushi yang bahagian luarnya boleh dimakan,” katanya berseloroh.
Usahawan yang turut dibantu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) turut mendapat pelbagai pengiktirafan anugerah di peringkat kebangsaan dan negeri kerana berjaya mengembangkan serta mempopularkan produk makanan tradisional negeri ini.


Pasangan suami isteri ini juga telah mendapat johan Projek Pengembangan Veterinar Industri Asas Tani Peringkat Kebangsaan 2012, johan serunding ikan bilis pada Hari Peladang Penternak dan Nelayan (HPPNK), Negeri Sembilan 2014 serta juara produk komersial kategori mikro popia mini Maha 2016.
Bagi lemang sushi pula, produk itu dicalonkan bagi kategori inovasi peringkat kebangsaan tahun ini.

No comments:

Post a Comment